[VIDEO] Orang UK serbu air jagung Malaysia, siap bungkus bawa balik

6 hours ago 8
Minuman popular rakyat Malaysia, air jagung, mencuri perhatian komuniti Islam di United Kingdom (UK) apabila tular video memaparkan suasana orang ramai ‘menyerbu’ minuman tersebut ketika waktu berbuka puasa di sebuah masjid, baru-baru ini.
  • Oleh AMIR HAIKAL KAMARUDIN
  • 18 Mac 2026, 9:31 pm

PETALING JAYA – Minuman popular rakyat Malaysia, air jagung, mencuri perhatian komuniti Islam di United Kingdom (UK) apabila tular video memaparkan suasana orang ramai ‘menyerbu’ minuman tersebut ketika waktu berbuka puasa di sebuah masjid, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh @Barberbawahtanah di laman TikTok, video berkenaan menunjukkan jemaah yang hadir bukan sahaja menikmati air jagung tersebut, malah ada yang membawa pulang dengan mengisi ke dalam botol air masing-masing.

Dalam rakaman itu, seorang individu dipercayai sebahagian daripada komuniti Islam di sana meluahkan rasa teruja terhadap minuman berkenaan yang dianggap luar biasa.

“Abang-abang ini dari Malaysia, saya pakcik mereka di sini. Orang masjid di sini sangat gembira hari ini disebabkan air ini sangat luar biasa.

“Saya tak tahu dari mana mereka dapat (air jagung). Tetapi saya harap mereka boleh bawanya setiap hari ke sini,” katanya.

Video tersebut turut memaparkan pemuda dari Malaysia berkenaan berkongsi pengalaman mendapatkan bahan-bahan untuk menyediakan air jagung di negara itu selain menunjukkan cara penyediaannya. – KOSMO! ONLINE

@barberbawahtanah Replying to @Sailormoon Siapa ajar imam guna pakcik 😭 Btw jom sama sama kita beri sumbangan untuk Projek Borneo: Misi Semporna. Maklumat lanjut dia ig @projek.borneo @Projek Borneo: Misi Semporna #manchester #semporna #barber #fyp ♬ original sound – Barber Bawah Tanah
Read Entire Article
Pertanian | | | |