[VIDEO] Nahas UPSI: ‘Kami tak sangka Adha dan Teah pergi selamanya’

4 hours ago 2

PETALING JAYA – “Tak sangka secepat ini sahabat kami pergi meninggalkan kami.”

Demikian luahan pilu seorang sahabat kepada dua daripada 15 mangsa yang terkorban dalam nahas melibatkan sebuah bas Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik, Perak awal pagi tadi.

Menerusi satu hantaran di akaun TikTok @Amiraasha, beliau berkongsi gambar dan video kenangan bersama dua rakan karibnya yang terkorban, iaitu Muhammad Adib Hazim Halim dan Nurul Fatihah Abu Setaman.

“Teah (Nurul Fatihah), sahabat yang baik, ceria dan tak pernah lekang senyuman dari wajahnya kalau terserempak dekat mana-mana.

“Adib Hazim, baru masuk UPSI tahun lepas, junior yang sangat menghormati orang sekeliling, takkan pernah saya lupakan sahabat syurga ini,” tulisnya pada ruangan kapsyen klip tersebut.

Dalam pada itu, dia turut berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp bersama kedua-dua rakan tersebut, Adha (Adib Hazim) dan Teah (Nurul Fatihah), yang menyentuh hati kerana dihantar walaupun menyedari mereka telah pergi buat selama-lamanya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata orang ramai menyampaikan ucapan takziah kepada mangsa yang terkorban.

“Salam takziah untuk awak semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Semoga diberi kekuatan,” kata Atqahh.

“Selamat pulang ke negeri abadi anak-anak budiman, semoga syurga buat mereka,” komen Cakilaaa.

Terdahulu Kosmo! melaporkan sekurang-kurangnya 15 individu dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dengan sebuah Perodua Alza di JRTB, Gerik, pagi tadi.

Difahamkan bas UPSI itu dalam perjalanan ke kampus Universiti itu dari Jerteh, Terengganu. – KOSMO! ONLINE

@miraarashdan 9 Jun 2025 Tarikh keramat yang takkan dilupakan oleh warga UPSI dan seluruh rakyat Malaysia. Tak sangka, secepat ini sahabat kami pergi meninggalkan kami. Teah, sahabat yang baik, ceria dan tak pernah lekang senyuman dari wajahnya kalau terserempak dekat mana-mana. Adib Hazim, baru masuk UPSI tahun lepas, junior yang sangat menghormati orang di sekelilingnya, takkan pernah saya lupakan sahabat syurga saya ini. Doa saya semoga kalian tenang di sana. Kami akan sentiasa rindu kalian. Al Fatihah dibaca buat kesemua pelajar yang terkorban dalam nahas ini. Semoga syurga tempat terakhir kalian 🤍🤍🤍 #upsiberduka #upsi #alfatihah ♬ Izin Ku Pergi – daniel 🤍
Read Entire Article
Pertanian | | | |