[VIDEO] Kasihan bumi, bawa bekas sendiri ke pasar malam

12 hours ago 6

PETALING JAYA – Inisiatif seorang wanita membawa bekas kedap udara setiap kali berkunjung ke pasar malam dalam usaha mengurangkan penggunaan plastik meraih pujian orang ramai.

Sebuah video tular yang dimuat naik @Kekbi’s di TikTok menunjukkan wanita tersebut membawa lima bekas kedap udara pelbagai saiz untuk diletakkan makanan yang dibeli.

“Semak guna banyak plastik, kesian bumi,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Video berdurasi 38 saat itu turut memaparkan kegunaan bekas yang dibawa seperti popia, ayam gunting, martabak dan lain- lain untuk dibawa pulang.

Menerusi ruangan komen, orang ramai bangga dengan tindakan wanita itu dalam usaha memelihara alam sekitar.

“Sebagai pelajar kelestarian alam sekitar, terharu tengok (usaha) walaupun faham susah nak jadikan ia sebagai kebiasaan,” komen @Mira.

“Jarang jumpa orang Malaysia yang kisah (peduli) tentang alam sekitar, teruskan perjuangan kak!,” balas @DayangSuainah.

Selain itu terdapat pengguna media sosial yang menjadikan wanita tersebut sebagai contoh dan bertekad mahu mengikut jejak langkah dalam menjaga bumi.

“Saya pun nak buat juga. Terima kasih Allah bagi petunjuk melalui hambamu ini dan terima kasih kakak buat (kandungan) video ini,” kata @Katsuo.

“Terbaik sangat! Kita pun nak buat juga tapi sekarang sedang ajar suami untuk sentiasa membawa beg kitar semula bila nak pergi membeli-belah. Kita cuba perlahan-lahan,” komen @SunflowerNora. -KOSMO! ONLINE

@abby_nabila Semak banyak2 plastik ni.. kesian bumi 🌎 #lesswaste #lessplastic #malaysiabersih ♬ sonido original – The Greath Music C. Andre
Read Entire Article
Pertanian | | | |