Sedut vape sama seperti sedut zarah logam

10 hours ago 6

PETALING JAYA – Vape atau rokok elektronik tidak dibakar seperti rokok biasa, tetapi cara pembakarannya melalui pemanasan logam.

Public Health Malaysia (PHM) dalam satu hantaran berkata, dengan melalui proses pemanasan logam, maka ia boleh mencetuskan bahaya.

“Setiap kali anda sedut vape, coil pemanas logam menjadi sangat panas. Bila (keadaan) ini berlaku, zarah logam mikro akan tercabut dan ikut masuk dalam wap.

” Zarah logam ini halus tidak nampak (dengan mata kasar), tidak berbau, tapi masuk jauh ke dalam paru-paru, plumbum (Pb) menjejaskan fungsi otak, sistem saraf dan buah pinggang

“Bukan itu sahaja turut masuk ke dalam adalah kadmium (Cd) yang boleh merosakkan paru-paru, bahan penyebab kanser, nikel (Ni) boleh menyebabkan kanser hidung dan paru-paru dan akhir sekali timah (Sn) mengganggu sistem imun dan saraf,” katanya.

Poster yang dipaparkan di laman sosial PHM menunjukkan mengenai bahaya menghisap vape.

Menurut hantaran itu, peranti elektronik itu bukannya wap kosong, ia ‘senyap’ tetapi boleh merosakkan anggota badan mana-mana individu yang menggunanya.

“Kalau anda sayang paru-paru, sekarang masa (sesuai) untuk berhenti,” katanya.- KOSMO! ONLINE.

Read Entire Article
Pertanian | | | |