Buang sampah dalam sungai, syarikat dikompaun RM1,000

14 hours ago 6
  • Oleh KHAIRUL MOHD. ALI
  • 10 Mei 2025, 5:30 pm
Tangkap layar rakaman video dua individu mengeluarkan sampah dari dalam lori untuk dibuang ke dalam sungai di Kampung Makmur, Taman Sri Plentong, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Individu yang membuang sampah secara haram ke dalam sungai di Kampung Makmur, Taman Sri Plentong di sini telah dikenakan dua kompaun bernilai RM1,000.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, dua kompaun bernilai RM500 masing-masing dikeluarkan pada pukul 10 pagi hari ini mengikut Seksyen 47(1)(A), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) Johor, Zainal Fitri Ahmad berkata, pihaknya juga telah membuka kertas siasatan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

“Akta 672 ini memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |