[VIDEO] ‘Dia tahu Nurly akan jadi ahli syurga’

1 day ago 8

PETALING JAYA – Sikap tenang seorang bapa yang kehilangan anak dalam kejadian kemalangan ngeri melibatkan bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak awal pagi kelmarin menyentuh hati orang ramai.

Menerusi klip video yang tular di media sosial, bapa Allahyarham Nurly Shahirah Azman dilihat menenangkan rakan-rakan anaknya yang hadir dan meminta mereka agar tabah menghadapi ujian berat tersebut.

“Sudah boleh kesat dan buang air mata, tarik nafas dan sabar,” katanya kepada rakan-rakan arwah anaknya.

Tindakan lelaki itu menerima pujian netizen yang rata-ratanya kagum dengan kecekalan dan ketenangan beliau meskipun baru kehilangan anak tersayang.

“Semoga Allah kurniakan ganjaran syurga buatmu Nurly Shahirah, kematian yang dicemburui. Indahnya pemergian awak di sisi kita suci Al-Quran, kalam Allah,” kata Izzah Izzman.

“Pak cik, tenang sungguh Pak Cik. Saya yang tak kenal arwah pun menangis. Tahniah sebab didik anak hebat ini. Semoga syurga buatnya,” komen Aunisya.

“Nak tengok anak yang hebat dunia akhirat? Lihat siapa ayahnya. Masih boleh bersabar dengan dugaan. Salam takziah buat keluarga ini,” balas Min Hayati.

Sementara itu, orang ramai berpandangan ketenangan yang ditunjukkan oleh bapa Allahyarham Nurly Shahirah adalah disebabkan keyakinan tinggi anaknya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Dia nampak tenang mungkin sebab percaya arwah anak dapat syurga tertinggi kerana syahid sebagai hafizah al-Quran,” ujar Farizah Hazis.

“Ayah dia tidak risau kerana bekalan anak dia cukup, semoga beroleh syurga buat Nurly,” komen Nae.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan abang Nurly Shahirah, Mohd Najmuddin Azman, 28, berkongsi cerita adiknya meninggal dunia di lokasi kejadian sambil memegang al-Quran di dada. – KOSMO! ONLINE

@malaysia_most_virallll #upsi ♬ original sound – MALAYSIA VIRAL
Read Entire Article
Pertanian | | | |