Anggota FBI menjalankan siasatan berhampiran lokasi kejadian di Austin, Texas semalam. - AFP
- Oleh KOSMO
- 2 Mac 2026, 11:02 am
AUSTIN, TEXAS – Tiga orang terbunuh, manakala 14 lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah bar di bandar Austin, negeri Texas, kata polis semalam.
“Seorang lelaki bersenjata tidak dikenali adalah antara yang terbunuh,” kata ketua polis Austin, Lisa Davis pada sidang akhbar.
Penyerang ditembak polis sebaik tiba di lokasi kejadian. Insiden tembakan itu berlaku sekitar pukul 2 pagi (waktu tempatan) di bar Buford’s Backyard Beer Garden, pusat bandar Austin.
Davis berkata, anggotanya berdepan suspek bersenjatakan pistol sebelum tiga anggota polis membalas tembakan yang membunuhnya.
“Masih terlalu awal untuk mengenal pasti motif kejadian tetapi terdapat petunjuk bahawa suspek menunjukkan potensi hubungan dengan keganasan,” kata ejen khas Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Alex Doran.
“Dari segi jenis keganasan yang khusus, kami ketika ini bersedia untuk mengatakan bahawa ia berpotensi merupakan tindakan keganasan,” tambahnya.- AFP

20 hours ago
8



![[VIDEO] Iran hanya sasar markas tentera AS di UAE – Irfan Khairi](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-02-at-9.58.02-PM.jpeg)











![[VIDEO] Perang AS-Iran: Harga minyak melonjak, barang naik, ringgit jatuh](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-23-at-09.18.00.jpeg)

































