PETALING JAYA – TNS Log Services optimis untuk terus berdiri kukuh dalam industri logistik dan juga perdagangan antarabangsa meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran besar impak daripada persekitaran pertumbuhan global dan isu ketegangan geopolitik di Asia Barat.
Pengasas syarikat, Hanson Lee berkata, pihaknya telah mengatur strategi jangka pendek dan juga untuk perancangan jangka panjang bagi mengekalkan keupayaan syarikat mencatat rekod pencapaian dalam penghantaran TEU terbanyak pada tahun lalu.
Pencapaian ini telah membantu menyumbang kepada perdagangan global dan juga pengoperasian dalam bidang logistik sekali gus mengangkat jenama TNS Log Service setanding dengan pemain lain.

“TNS Log Services telah menetapkan kedudukannya sebagai rakan logistik yang dipercayai bagi perniagaan yang terbabit dalam perdagangan antarabangsa.
“Rangkaian logistik yang luas serta kepakaran operasi syarikat membolehkan
mereka menguruskan jumlah kontena yang besar sambil mengekalkan
perkhidmatan penghantaran yang cekap dan menepati masa.
“Keupayaan mengendalikan jumlah TEU yang tinggi mencerminkan kecekapan
operasi syarikat yang teguh serta perkongsian strategik merentasi talian
penghantaran, pelabuhan, dan rangkaian logistik,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.
Lee menerangkan, bagi perancangan masa depan syarikat, pasukannya kekal komited untuk memberikan penyelesaian logistik yang cekap bagi menyokong perdagangan global dan pertumbuhan perniagaan.
“Pencapaian bersejarah ini mengukuhkan kedudukan TNS Log Services sebagai
penyedia logistik yang dipercayai dalam industri penghantaran antarabangsa
dan pengurusan rantaian bekalan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

9 hours ago
5







![[VIDEO] Alhamdulillah, hari ini saya sudah berstatus pencen – Dr. Rafidah](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/04/WhatsApp-Image-2026-04-07-at-5.07.14-PM.jpeg)









































