Dua lelaki menahan sakit lebih 20 minit akibat tersepit dalam lori selepas terbabit nahas di Kilometer 225.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, di Rembau, awal pagi tadi. -Foto IHSAN BOMBA
- Oleh NOR AINNA HAMZAH
- 16 Mei 2026, 10:48 am
REMBAU – Dua lelaki terpaksa menahan sakit lebih 20 minit akibat tersepit selepas lori 10 tan yang mereka naiki terlibat dalam nahas di Kilometer 225.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, di sini, awal pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada 1.51 pagi.
Menurutnya, pasukan yang tiba 20 minit kemudian mendapati pemandu lori berusia 47 tahun dan seorang kelindan, 41, tersepit di tempat duduk penumpang.
“Mangsa yang diselamatkan kemudian dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

1 hour ago
2










![[VIDEO] Kereta terbakar di Lebuh Raya Elite, trafik sesak arah selatan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/elite.jpeg)


































