Suspek kes bunuh dan ‘kerat’ wanita didakwa esok

8 hours ago 9
Polis menahan dua lagi anak suspek utama kes pembunuhan kejam ke atas wanita yang mayatnya dikerat sebelum buang di beberapa lokasi awal tahun ini.
  • Oleh IVAN AMIRUL
  • 26 Februari 2026, 10:30 pm

‎‎KOTA KINABALU – Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun mengesahkan ‎seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan seorang wanita yang mayatnya dikerat sebelum dibuang di beberapa lokasi awal bulan ini dijangka dituduh di mahkamah esok.

‎Suspek berkenaan yang sebelum ini ditahan reman dijangka dibawa ke mahkamah untuk mendengar pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

‎”Kertas siasatan mengenai kes itu sudah dilengkapkan sebelum arahan pertuduhan dikeluarkan.

‎“Esok kita akan tuduh suspek di mahkamah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

‎Juteh berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan kes berkenaan.

‎Mengulas lanjut, Jauteh memaklumkan tiga lagi individu yang juga anak suspek utama mungkin dijadikan saksi pendakwaan dalam kes berkenaan.

‎Terdahulu seorang wanita ditemukan maut dalam keadaan anggota tubuhnya dikerat kepada beberapa bahagian sebelum dibuang di beberapa lokasi sekitar Indah Permai, Sepanggar dalam kejadian pada 12 Februari lalu.

‎Pembunuhan itu terbongkar kira-kira pukul 6.30 pagi apabila seorang pekerja lori sampah menemukan anggota badan manusia ketika menjalankan tugas rutin.

‎Susulan itu, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 70-an kurang 24 jam selepas penemuan mayat mangsa, sebelum beberapa tangkapan susulan dilakukan bagi membantu siasatan.-KOSMO! ONLINE.

Read Entire Article
Pertanian | | | |