SPRM kesan Norernawati bantu siasatan kes

13 hours ago 7
SPRM sedang mengesan wanita tempatan bagi membantu siasatan kes.
  • Oleh MUHAMMAD NAJIEB AHMAD FUAD
  • 2 Mac 2026, 5:32 pm

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang wanita tempatan bagi membantu siasatan satu kes yang sedang dijalankan.

Menurut kenyataan SPRM, individu berkenaan dikenali sebagai Norernawati Chin.

“Wanita berkenaan beralamat terakhir di No. 50, Jalan Alam Suria 16/58, Seksyen 16, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor,” katanya hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai wanita berkenaan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Mazlia Mohamed Zin di talian 011-16105294 atau menerusi emel [email protected]. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |