PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung tampil menjelaskan sebab beliau hanya bersuara selepas seminggu berhubung isu pelajar yang didakwa memijak al-Quran.
Menerusi satu hantaran di Threads, dia berkata, tindakannya itu bukan kerana sengaja melengahkan masa, sebaliknya mahu memastikan maklumat diperoleh tepat sebelum mengulas lanjut.
“Pertama, saya tahu isu itu tetapi tidak mendalam. Apabila saya tiada masa untuk mengkaji lebih mendalam, saya lebih rela berdiam dari menulis sebagaimana sabda Nabi, berkata baik ataupun diam,” katanya.
Menurutnya, dia hanya berkesempatan meneliti isu tersebut dengan lebih terperinci pada tengah malam semalam sebelum membuat kenyataan terbuka.
Tanbahnya, selepas membaca butiran peribadi individu dikenali sebagai Vikneswaran yang dikongsikan oleh netizen barulah dia mendapati maklumat tersebut adalah sama sepenuhnya termasuk nombor telefon.
Dalam hantaran susulan, Firdaus turut menjelaskan kekangan masa yang dihadapinya kebelakangan ini kerana menguruskan isu kuil haram, rampasan reruai oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta komitmen terhadap perniagaan menyebabkan dia terlepas pandang akan isu tersebut.
“Ketiga dan mungkin terpenting, saya bukan jenis ‘done enter the scene’ dan gelojoh nak ulas semua isu seperti sesetengah pihak.
“Sosial media adalah platform aktivisme saya & saya perlu menulis dengan tanggungjawab & berfakta bukan jenis janji hentam & ada engagement sahaja,” ujarnya.
Terdahulu, Firdaus medakwa bahawa individu tersebut merupakan seorang mualaf dan sering berhubung rapat dengannya.
Bagaimanapun, terdapat pertikaian dalam kalangan netizen terhadap tindakannya yang didakwa hanya menulis tentang hal berkenaan selepas seminggu kes tersebut tular. – KOSMO! ONLINE

10 hours ago
7



![[VIDEO] Iran hanya sasar markas tentera AS di UAE – Irfan Khairi](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-02-at-9.58.02-PM.jpeg)











![[VIDEO] Perang AS-Iran: Harga minyak melonjak, barang naik, ringgit jatuh](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-23-at-09.18.00.jpeg)

































