PETALING JAYA – Keadaan di Qatar dan beberapa negara di rantau Teluk dilaporkan masih belum stabil susulan konflik yang berlaku di Timur Tengah sejak Sabtu lalu.
Kedutaan Besar Malaysia di Doha, Qatar dalam kenyataan hari ini berkata, sebelum ini telah berlaku insiden di kawasan industri Ras Laffan dan Mesaieed yang bagaimanapun hanya melibatkan kerosakan kecil.
“Sehubungan itu, rakyat Malaysia di Qatar dinasihatkan supaya terus berwaspada dan tidak keluar rumah kecuali untuk urusan mustahak,” katanya.
Pihak Kedutaan menambah, pihaknya dimaklumkan bahawa rundingan sedang giat dilaksanakan bagi mencapai gencatan senjata.
“Namun ia bergantung kepada kesediaan pihak-pihak bertelagah untuk menamatkan konflik,” katanya.
Sementara itu, Wisma Putra dalam infografik yang dimuat naik di Facebook hari ini turut mengeluarkan nasihat perjalanan kepada semua warga Malaysia yang berada atau merancang untuk ke negara-negara terlibat.
Wisma Putra berkata, rakyat Malaysia perlu bersedia menghadapi kemungkinan penutupan ruang udara, perubahan jadual penerbangan, penutupan lapangan terbang dan sekatan perjalanan.
“Amalkan tahap kewaspadaan yang tinggi, mengelakkan kawasan operasi ketenteraan serta perhimpunan awam dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan. Tangguhkan perjalanan tidak mustahak,” katanya.
Dalam masa sama, rakyat Malaysia di luar negara digesa untuk mendaftar dan mengemas kini maklumat keberadaan masing-masing menerusi sistem e-Konsular di pautan https://ekonsular.kln.gov.my bagi memudahkan pihak berkuasa menyalurkan bantuan sekiranya berlaku kecemasan.
Poster nasihat perjalanan yang dimuat naik di akaun Facebook Wisma Putra.Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi Bilik Operasi Kementerian Luar Negeri di talian +603-8887 4570 atau Bahagian Konsular di +603-8887 4597 bagi mendapatkan maklumat lanjut.- KOSMO! ONLINE

7 hours ago
5


![[VIDEO] Iran hanya sasar markas tentera AS di UAE – Irfan Khairi](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-02-at-9.58.02-PM.jpeg)












![[VIDEO] Perang AS-Iran: Harga minyak melonjak, barang naik, ringgit jatuh](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-23-at-09.18.00.jpeg)

































