Puas hati tengok Zul Ariffin mengamuk, marah-marah

19 hours ago 5
AKSI Zul Ariffin marah-marah dalam satu episod Bisik Asmara ternyata disukai penonton.
  • Oleh HIBGLAM
  • 28 Februari 2026, 11:00 am

SEJAK ditayangkan, drama Bisik Asmara hangat menjadi bualan ramai dalam media sosial. Pelbagai respons muncul sepanjang drama tersebut disiarkan menerusi slot Samarinda TV3, termasuk meluahkan rasa kebencian terhadap watak Noreen lakonan Uqasha Senrose dan Farhan (Zul Ariffin).

Terbaharu, penonton melahirkan rasa puas hati melihat Farhan memarahi dan menghalau Noreen yang juga teman wanita rahsianya.

“Puas hati tengok babak ini. Akhirnya penyondol kena hamun. “Bila Zul marah, terus masuk mood Sheriff, puas hati! Penyondol memang perlu diajar, jangan bagi muka pada dia Sheila!” komen netizen.

Read Entire Article
Pertanian | | | |