PNB anjur program bubur lambuk, raikan Hari Wanita Antarabangsa

7 hours ago 4
Abdul Rahman bersama kakitangan PNB menyediakan bubur lambuk sempena Hari Wanita Antarabangsa Selasa lalu.
  • Oleh KOSMO!
  • 13 Mac 2026, 8:34 pm

PETALING JAYA – Permodalan Nasional Berhad (PNB) menganjurkan program penyediaan bubur lambuk serta sambutan Hari Wanita Antarabangsa bagi memupuk budaya kerja inklusif dan menghargai sumbangan warga kerjanya.

Program yang berlangsung di Merdeka 118 pagi tadi itu turut disertai Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad bersama warga kerja syarikat tersebut.

Menurut PNB, aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk itu diadakan sebagai sebahagian daripada inisiatif mengeratkan hubungan serta menyemai semangat kerjasama dan budaya berkongsi dalam kalangan kakitangan.

Dalam majlis berasingan, PNB turut meraikan Hari Wanita Antarabangsa sebagai tanda penghargaan terhadap peranan dan sumbangan wanita dalam memacu kecemerlangan organisasi.

Sambutan tersebut juga menjadi platform untuk mengiktiraf kepimpinan, dedikasi serta pencapaian warga kerja wanita di PNB.

Menurut PNB, kedua-dua program itu mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam mewujudkan persekitaran kerja yang inklusif, menghargai kepelbagaian serta memperkukuh hubungan sesama warga kerja.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |