Piala Dunia Kelab: Sundowns mahu digeruni

1 day ago 7

PENYERANG sensasi Mamelodi Sundowns, Peter Shalulile enggan pasukannya sekadar turun menjadi pelengkap jadual, sebaliknya hadir sebagai pencabar utama menjelang Piala Dunia Kelab 2025 di Amerika Syarikat bermula 16 Jun ini.

Penggempur utama Namibia itu berkata, kehadiran Sundowns dalam kejohanan berprestij tersebut membawa satu misi jelas untuk membuktikan kekuatan sebenar bola sepak Afrika.

“Matlamat kami adalah melepasi peringkat kumpulan. Kami tidak datang sekadar pelengkap jadual. Kami mahu menjadi pasukan yang geruni,” katanya.

Sundowns diundi dalam Kumpulan F yang turut menempatkan Borussia Dortmund (Jerman); juara Copa Libertadores, Fluminense (Brazil) dan wakil Korea Selatan, Ulsan HD sekali gus menjadikannya antara kumpulan paling sukar.

Shalulile yang terkenal dengan ketajaman di depan gol mengakui semangat juangnya banyak dipengaruhi oleh ikon Portugal, Cristiano Ronaldo.

Penyerang itu juga tidak menyembunyikan keinginan untuk mencipta sejarah sebagai pemain Namibia pertama menjaringkan gol di Piala Dunia Kelab.

“Sebagai penyerang, saya mahu menjaringkan gol setiap hari. Walaupun pada hari rehat, saya rasa ada yang kurang.

“Saya mahu dicatat dalam sejarah sebagai pemain dari Namibia yang menjaringkan gol di Piala Dunia Kelab. Itu kejayaan yang akan kekal selamanya.”

Sundowns sebelum ini pernah menyertai edisi 2026 di Jepun tetapi gagal mencatat sebarang kemenangan dalam penampilan sulung mereka.

Bagaimanapun, pengalaman dan persiapan lebih rapi di bawah kendalian Rulani Mokwena, skuad bergelar Masandawana itu mahu bangkit menebus kekecewaan lalu.

Ketika ini, prestasi kelab itu berada di tahap terbaik apabila hanya memerlukan dua kemenangan untuk merangkul kejuaraan Liga Super Afrika Selatan buat kali kelapan berturut-turut.

Sundowns juga mara ke final Liga Juara-Juara CAF, sekali gus membuktikan kemampuan mereka untuk bersaing dalam dua kejohanan besar secara serentak.

Walaupun berdepan jadual padat, Shalulile percaya mereka mempunyai skuad dan kualiti permainan yang cukup untuk mencabar mana-mana kelab gergasi dunia.

“Kami tahu apa yang diperlukan untuk bersaing di tahap tertinggi. Kami sudah bersedia secara fizikal dan mental,” katanya dengan penuh yakin.

Jika berjaya menempuh cabaran kumpulan, tidak mustahil Sundowns boleh menjadi wakil Afrika pertama yang mara jauh di kejohanan tertinggi kelab dunia itu.

INFO

KUMPULAN F

MAMELODI SUNDOWNS (AFRIKA SELATAN)

Nama Gelaran :Bafana ba Style

Jurulatih: Miguel Cardoso

Kapten: Ronwen Williams

Tiket Kelayakan: Naib juara Liga Juara-Juara CAF 2024/25

Read Entire Article
Pertanian | | | |