Piala Dunia Kelab: Al Ahly enggan imej tercalar

16 hours ago 6

GERGASI Mesir, Al Ahly SC dianggap sebagai salah satu kelab terbaik di benua Afrika dengan reputasi antara pasukan tertua di luar Eropah selepas ditubuhkan secara rasmi pada 1907.

Di peringkat domestik, tiada kelab pesaing boleh mencabar pengaruh kelab yang terkenal dengan julukan nama Nadi Al-Watanniyah ini selepas menjuarai Liga Premier Mesir sebanyak 45 kali.

Bagi saingan di peringkat benua pula, mereka juga dianggap sebagai ‘raja’ bola sepak Afrika dengan status selaku kelab terbanyak menjulang trofi Liga Juara-Juara Afrika (ACL) sebanyak 12 kali dalam sejarah.

Malah, Al Ahly juga layak secara merit ke Piala Dunia Kelab sebagai salah satu daripada empat pasukan Afrika yang bertanding selepas mendominasi ACL edisi 2021.

Bagi mengharungi kejohanan bola sepak kelab berprestij di dunia ini, Al Ahly telah membuat keputusan untuk merombak barisan kejurulatihan dengan melantik pengendali dari Sepanyol, Jose Riveiro pada bulan lalu.

Riveiro telah diberi kontrak selama dua tahun dengan mengganti posisi yang ditinggalkan oleh Marcel Koller selepas dipecat apabila gagal membantu pasukan menjuarai ACL musim ini.

Pengendali berusia 49 tahun itu mengakui cabaran untuk membimbing Al Ahly di peringkat dunia sangat besar kerana pasukan ini memiliki sejarah yang unik.

“Saya tahu jangkaan daripada peminat dan pihak pengurusan sangat tinggi. Namun, saya bersemangat untuk buktikan keupayaan di peringkat antarabangsa dengan misi mengharumkan nama kelab di pentas dunia,” kata Riveiro.

Antara pemain tumpuan Al Ahly ketika ini adalah Percy Tau yang beraksi di posisi sayap selain Wessam Abou Ali yang diharapkan dapat menggegarkan bumi Amerika Syarikat selepas tampil cemerlang musim lepas.

INFO

KUMPULAN A

AL AHLY (MESIR)
Nama gelaran: Nadi Al-watanniyah, The Red Giant
Jurulatih: Jose Riveiro
Kapten: Mohamed El Shenawy
Tiket kelayakan: Juara ACL 2021

Read Entire Article
Pertanian | | | |