Pencuri minta wang syarat pulangkan abu mayat

12 hours ago 9
Gambar hiasan.
  • Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL
  • 17 Mac 2026, 3:00 pm

NILAI – Polis sedang giat memburu suspek yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian dan pemerasan melibatkan beberapa tong abu mayat di sebuah memorial park di sini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, kejadian itu dilaporkan pada 26 Februari lalu selepas pihak pengurusan mendapati kehilangan beberapa unit tong abu mayat.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek telah menghubungi pihak pengurusan melalui aplikasi WhatsApp menggunakan nombor luar negara dan mendakwa menjumpai abu mayat berkenaan dan kemudian membuat tuntutan bayaran sebagai syarat untuk memulangkannya.

Tambahnya, usaha mengesan dan mengenal pasti suspek sedang dipergiat, termasuk meneliti rangkaian komunikasi yang digunakan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |