TANJUNG MALIM – Empat pelajar dan seorang guru tahfiz Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terpilih untuk menjadi imam sempena Program Qari in Residence sepanjang Ramadan tahun ini di United Kingdom, Australia dan Singapura.
Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, pemilihan wakil UPSI itu membuktikan keupayaan mereka melahirkan graduan dan warga institusi yang diberi penghormatan dan pengiktirafan global terhadap kualiti pendidikan tahfiz universiti itu.
“Saya berasa terharu apabila pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahfiz al-Quran dan Qiraat dengan Pendidikan dari Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Adib Farhan Baharudin terpilih menjadi imam di Pusat Pengajian Islam Oxford (OXCIS), United Kingdom.
“Ini satu penghormatan luar biasa untuk pelajar UPSI yang mendapat peluang memantapkan lagi keperibadiannya sebagai seorang pelajar tahfiz,” katanya di Tanjung Malim hari ini.
Program dari 16 Februari hingga 21 Mac itu adalah satu pengiktirafan yang bukan sahaja membanggakan UPSI, malah memperlihatkan potensi besar institusi pendidikan tempatan dalam menyumbang kepada pembangunan ilmu al-Quran di peringkat global.
Selain itu, Menurut Md. Amin, Ahmad Al Mustafa Mohd. Azmi berkhidmat sebagai imam di Malaysian Hall Perth, Australia, manakala Wan Muhammad Irsyad Wan Zulkifli serta Muhd Farhan Hakimi Khairul Aizam masing-masing berkhidmat di Singapura di Masjid al-Ghufran, Singapura.
“Guru Tahfiz merangkap Penasihat Persatuan Tahfiz UPSI, Ah-Luqman Al-Hakim Che’ Zahari dari Institut Penyelidikan dan Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami FSK turut diberi kepercayaan berkhidmat sebagai imam di Masjid Dar al-Iman dan Malaysian Hall Sydney, Australia,” katanya.
Beliau berkata, penglibatan pelajar dan pegawai UPSI di luar negara turut membuka peluang kepada mereka untuk memperkukuh kemahiran kepimpinan, komunikasi serta kefahaman budaya masyarakat Islam antarabangsa.
“Ia selari dengan aspirasi universiti untuk melahirkan modal insan holistik yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mampu menjadi duta ilmu, sahsiah dan nilai Islam,” ujar beliau.
Merealisasikan aspirasi itu, katanya, UPSI dalam proses pembinaan Institut Pendidikan Tahfiz Dan Turath Islami (-Furqan) yang akan menjadi pusat kajian berkaitan isu melibatkan pendidikan tahfiz di negara ini.
“Institut yang sedang giat dibina di atas tapak seluas 18 ekar di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City ini akan menggunakan kurikulum yang mengintegrasikan sistem pondok dan sistem pendidikan arus perdana,” katanya. – KOSMO! ONLINE

14 hours ago
8




![[VIDEO] Jumpa balik gelang emas 33 gram lepas 13 jam tercicir](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/GELANG-EMAS-TERCICIR.jpeg)

![[VIDEO] Wanita didakwa hantar ibu minta sedekah di bazar Ramadan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/IMG-20260224-WA0072.jpg)












![[VIDEO] ‘Tak hormat netizen tak apa, tapi tolong hormat bulan Ramadan kak’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-23-at-5.09.39-PM.jpeg)





























