OE bantu bina ekosistem usahawan berjaya

18 hours ago 10

PETALING JAYA – Peranan OE Outstanding Entrepreneurs EduGroup (OE) untuk memperkasa usahawan tempatan kini sema­kin berkembang lebih jauh bukan sekadar untuk membimbing mereka dengan kursus keusahawanan dan juga pendidikan tetapi lebih melihat kepada pembangunan ekosistemnya.

Pengasasnya, Datuk Wira Dr Calvin Khiu berkata, pendidikan adalah titik penubuhan tetapi bagi OE, ia mahu membangunkan ekosistem masa depan yang lebih berkualiti buat ahli-ahli perniagaannya.

Menurut beliau, perjalanan se­­orang usahawan di OE tidak seharusnya berakhir selepas meng­hadiri satu program tetapi pem­belajaran sepatutnya menjadi pintu masuk untuk mengenali rakan seperjuangan, membina ja­ringan, menghubungkan sumber, membangunkan organisasi dan membawa hala tuju perniagaan ke arah lebih jauh.

Bersandarkan prinsip tersebut, OE terus membangunkan plat­­form dan komuniti yang meng­hubungkan pendidikan, or­­­ganisasi, jaringan usahawan, pe­­ngaruh dan legasi, dengan Million Dollar Mentor Table (MDMT) yang menjadi salah satu kompo­nen penting dalam OE Entrepreneur Ecosystem.

“OE menekankan tiga prinsip pendidikan iaitu praktikal, mu­­dah dipelajari dan boleh dilaksanakan yang matlamatnya bukan untuk menjadikan ilmu per­­niagaan sebagai sesuatu yang semakin rumit tetapi ia akan dapat membantu usahawan memudahkan perkara yang kompleks dan membawa apa yang dipelajari kembali ke syarikat untuk menghasilkan keputusan sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena Majlis Pe­lantikan Jawatankuasa Kebangsaan Million Dollar Mentor Table (MDMT) di sini baru-baru ini.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh ketua kumpulan, ahli jawatankuasa dan usahawan daripada 22 kumpulan MDMT di seluruh negara.

Khiu menjelaskan, jika seorang usahawan yang telah melalui perjalanan 10 atau 20 tahun sanggup berkongsi pengalaman dan kesilapannya, satu nasihat mungkin dapat membantu usahawan lain mengelakkan kesilapan yang mengambil masa bertahun-tahun.

Namun bagi OE, pendidikan bukan sekadar membantu usahawan berjaya hari ini. Perniagaan yang baik perlu mempunyai budaya, bakat, sistem dan nilai yang dapat diteruskan kepada generasi seterusnya.

Tambah beliau, seorang usahawan perlu bergerak daripada keupayaan individu kepada keupayaan organisasi, dan daripada keupayaan organisasi kepada keupayaan sistem.

“Legasi sebenar bukan sekadar meninggalkan nama seseorang, tetapi meninggalkan sistem yang terus mampu mencipta nilai.

Konsep inilah yang turut diterapkan dalam MDMT melalui semangat “Saling Menjadi Guru.”

“Setiap usahawan mempunyai kekuatan yang boleh dipelajari oleh orang lain dan mempunyai titik buta yang boleh dilihat oleh rakan seperjuangan. Melalui lawatan syarikat, mesyuarat strategik, perkongsian pengalaman dan jaringan merentas industri, ahli MDMT belajar daripada pengalaman sebenar satu sama lain,” ujarnya.

Hari ini seseorang mungkin membantu dalam bidang pasaran, esok orang lain pula membantu dalam aspek organisasi atau strategi.

Tambah  Khiu, prinsip lain yang sangat penting dalam OE adalah membantu usahawan lain dan hargai insan yang banyak membantu selama ini.

“Jadilah insan yang membantu orang lain, seorang usahawan tidak sampai ke tahap hari ini hanya kerana usahanya sendiri. Pasti ada individu yang pernah memberikan peluang, kepercayaan, nasihat atau bantuan,” ujarnya.

Dalam pada itu, usahawan juga perlu memiliki networking iaitu berapa ramai orang yang kita kenal, manakala ekosistem pula adalah berapa banyak nilai yang mampu kita cipta untuk satu sama lain.

Sementara itu, Khiu menerangkan, destinasi seorang usahawan bukan sekadar kejayaan tetapi juga merujuk kepada pengaruh dan legasi. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |