Kapal hanyut, Jambatan Sungai Johor selamat diguna

13 hours ago 7
SEBUAH kapal tangki dipercayai hanyut sebelum menghampiri struktur Jambafan Sungai Johor, Telok Sengat, Kota Tinggi hari ini.
  • Oleh MASTURAH SURADI
  • 2 September 2026, 11:08 pm

KOTA TINGGI – Pihak Senai-Desaru Expressway Berhad (SDEB) mengesahkan struktur Jambatan Sungai Johor, Telok Sengat di sini selamat dan tidak menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya.

Penegasan itu dibuat susulan sebuah kapal didapati hanyut dan menghampiri jambatan tersebut kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

“Hasil pemeriksaan mendapati struktur Jambatan Sungai Johor berada dalam keadaan selamat dan tidak menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya. Jambatan boleh dilalui seperti biasa,” katanya.

Menurutnya, kapal yang hanyut tersebut berjaya dialihkan pada pukul 3.16 petang, kira-kira 46 minit selepas insiden dilaporkan dan pihak SDEB akan terus memantau keadaan struktur jambatan dari semasa ke semasa. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |