KUALA LUMPUR – MMC Financial Planning Sdn Bhd (MMC Financial Planning) memiliki kelebihan teras yang sukar ditandingi oleh pesaingnya dalam industri pasaran modal kerana memiliki memiliki kepakaran yang mendalam sejak lebih tiga dekad lalu.
Kemahiran tersebut akan membolehkan syarikat menjadi peneraju dalam reka bentuk struktur kewangan korporat, malah dapat mengisi kelompangan kritikal yang berlaku di rantau Asia Pasifik dalam bidang menyelaraskan pengurusan kewangan dalaman mengikut standard pasaran modal sekali gus menetapkan penanda aras (benchmark) baharu untuk industri.
Pengarah Urusannya, Spark Liang berkata, sebagai sebuah institusi profesional yang memegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL/FP) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, pihaknya menganalisis dan menstruktur semula syarikat melalui lensa pelabur institusi yang ketat dan terperinci.

“Syarikat yang cemerlang tidak terhasil secara kebetulan, ia adalah produk daripada pengiraan yang tepat dengan reka bentuk seni bina kewangan yang strategik.
“Selama bertahun-tahun, kami telah mengadaptasi model penilaian yang lazimnya digunakan oleh bank pelaburan (investment banks) kepada sebuah sistem operasi perniagaan yang praktikal untuk kegunaan harian.
“Melalui logik kewangan dan mekanisme prestasi kami yang unik, kami telah berjaya merungkai halangan utama dalam perniagaan,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Liang menerangkan, berdepan dengan persekitaran pasaran yang semakin mencabar, risiko terbesar bagi sesebuah syarikat bukan lagi sekadar persaingan perniagaan, tetapi ketiadaan logik kewangan dalaman yang kukuh dan kelemahan dalam pelaksanaan organisasi.
Tambah beliau, banyak syarikat yang mempunyai cita-cita untuk berkembang sering terhalang kerana ketiadaan struktur dalaman yang menepati Piawaian Pasaran Modal.
“Berbeza dengan perkhidmatan perakaunan dan audit tradisional yang hanya memfokuskan kepada pematuhan pelaporan (compliance reporting), atau latihan pengurusan biasa, MMC Financial Planning memiliki kelebihan teras yang sukar ditandingi,” ujarnya
Tambah beliau, melalui pematuhan tadbir urus kewangan dalaman dan peningkatan kualiti keuntungan, nilai perniagaan syarikat dapat ditingkatkan secara drastik, jadi ini akan membuka laluan yang lebih teratur untuk aktiviti penggabungan dan pengambilalihan (M&A), persediaan Pra-IPO serta strategi keluar yang berjaya untuk para pemegang saham.
Melalui sistem yang telah dibuktikan keberkesanannya oleh lebih 500 syarikat korporat ini, MMC Financial Planning sedang membantu lebih banyak syarikat bersaiz sederhana dan besar melepasi fasa kritikal dalam kitaran pengurusan mereka, bagi mencapai lonjakan sebenar daripada sekadar nilai perniagaan kepada nilai modal yang sebenar. -KOSMO! ONLINE

9 hours ago
5







![[VIDEO] Alhamdulillah, hari ini saya sudah berstatus pencen – Dr. Rafidah](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/04/WhatsApp-Image-2026-04-07-at-5.07.14-PM.jpeg)









































