‘Mak buyung’ menangis didakwa buka klinik gigi haram

1 day ago 7
  • Oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
  • 11 Jun 2025, 3:24 pm
[2:49 pm, 11/06/2025] Saodah Biro Melaka: Wanita hamil menangis didakwa buka klinik gigi haram Oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI Pix MELAKA - Seorang suri rumah menangis di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini apabila didakwa atas pertuduhan membuka klinik dan menjalankan amalan pergigian secara haram, tahun lalu. Orang Kena Saman, Nur Shafikah Razali, 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Haderiah Siri. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah menyediakan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan di bawah Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586). Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 8.25 malam di sebuah premis rumah kediaman bernombor, Jalan Seri Duyong 2/3, Taman Seri Duyong 2 dalam daerah Melaka Tengah pada 4 November 2024. Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM300,000 atau dipenjarakan tidak lebih enam tahun atau keduanya sekali mengikut Seksyen 4(1), Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(1)(a)(i) akta sama. Wanita itu turut didakwa di bawah Seksyen 62(1) Akta Pergigian 2018 (Akta 804) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 62(3) akta yang sama kerana menjalankan amalan pergigian yang tidak berdaftar di bawah Akta Pergigian 2018 di lokasi pada masa dan tarikh sama. Bagi kesalahan itu, dia boleh didenda sehingga RM300,000 atau penjara maksimum enam tahun atau keduanya jika sabit kesalahan. Pegawai Pendakwa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Khadijah Wahab mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 dikenakan bagi kedua-dua pertuduhan berserta syarat tambahan melapor diri di balai polis berhampiran sekali sebulan. Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah dengan alasan hanya mempunyai wang sebanyak RM2,500 kerana tidak bekerja susulan mengalami alahan muntah yang teruk kerana mengandung. Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan dipohon pendakwaan dan menetapkan tarikh 23 Julai depan untuk sebutan semula kes. Habis... [2:49 pm, 11/06/2025] Saodah Biro Melaka: TERTUDUH (kanan) didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka atas pertuduhan membuka klinik dan menawarkan khidmat pergigian haram. - Foto MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/ KOSMO!

MELAKA – Seorang suri rumah menangis di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini apabila didakwa atas pertuduhan membuka klinik dan menjalankan amalan pergigian secara haram, tahun lalu.

Orang Kena Saman, Nur Shafikah Razali, 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Haderiah Siri.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah menyediakan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan di bawah Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 8.25 malam di sebuah premis rumah kediaman bernombor, Jalan Seri Duyong 2/3, Taman Seri Duyong 2 dalam daerah Melaka Tengah pada 4 November 2024.

Wanita itu turut didakwa di bawah Seksyen 62(1) Akta Pergigian 2018 (Akta 804) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 62(3) akta yang sama kerana menjalankan amalan pergigian yang tidak berdaftar di bawah Akta Pergigian 2018 di lokasi pada masa dan tarikh sama.

Pegawai Pendakwa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Khadijah Wahab mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 dikenakan bagi kedua-dua pertuduhan berserta syarat tambahan melapor diri di balai polis berhampiran sekali sebulan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dalam keadaan menangis agar jaminan rendah dengan alasan hanya mempunyai wang sebanyak RM2,500 kerana tidak bekerja susulan mengalami alahan muntah yang teruk kerana mengandung.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan dipohon pendakwaan dan menetapkan tarikh 23 Julai depan untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |