Lokasi strategik, kemudahan logistik jadikan Malaysia pilihan transit dadah

19 hours ago 8

Kuala Lumpur – Kartel dadah menjadikan Malaysia sebagai laluan hub transit bahan terlarang itu kerana kedudukan negara ini terletak bergampiran Segi Tiga Emas antara Thailand, Myanmar dan Laos.

Kawasan Segi Tiga Emas wilayah pengeluaran dan pengedaran dadah utama di Asia Tenggara dan juga di dunia.

​Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, selain itu sindiket tempatan dan antarabangsa juga menyalahgunakan pasa lawatan sosial masukke negara ini untuk melakukan kegiatan haram tersebut.

Menurut beliau,  penjenayah menjadikan Malaysia sebagai negara transit dalam aktiviti penyeludupn dan pengedaran dadah melalui laluan darat, udara dan juga air.

​”Sindiket dadah di negara ini sudah lama beroperasi disebabkan kedudukan geografi dekat dengan kawasan Segi Tiga Emas yang menjadi laluan utama pengedaran dadah di Asia dan juga benua lain.

​”Ekosistem yang cukup baik terutama jalan raya, rangkaian pengangkutan udara dan air dimanipulasi penjenayah sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau mengulas kejayaan polis membanteras sindiket pengedaran dadah besar-besaran, baru-baru ini yang menunjukkan trend kartel dadah memilih Malaysia sebagai pusat memproses dan transit pengedaran dadah.

​Pada Rabu lalu, JSJN membongkar kegiatan makmal dadah di Puncak Alam, Selangor melibatkan rampasan dadah mencecah RM2.4 bilion.

Terdahulu, beberapa kes melibatkan warga Malaysia ditahan bersama dadah di lapangan terbang di luar negara, termasuk seorang wanita warga Malaysia ditahan pihak berkuasa India, selepas  membawa ganja seberat 15 kilogram (kg) di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, New Delhi.

Suspek menaiki penerbangan Batik Air OD205 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke New Delhi pada 4 September.

Pada Julai lepas, pegawai kedua syarikat penerbangan Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas membawa 15 paket mengandungi kira-kira 70,000 kapsul disyaki ekstasi dan methamphetamine, dengan berat keseluruhan kira-kira 25 kg serta dianggarkan bernilai RM45 juta.

Read Entire Article
Pertanian | | | |