Lebih 100 pelajar IPG hiba beri penghormatan terakhir

6 hours ago 4
LEBIH 100 pelajar IPG hadir memberi penghormatan terakhir kepada jasad Jia Siang dan Lin Siang di Jabatan Forensik HSB, Alor Setar malam ini.
  • Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
  • 6 April 2026, 10:11 pm

ALOR SETAR – Lebih 100 pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis hadir memberi penghormatan terakhir kepada jasad dua rakan mereka di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini malam ini.

Rata-rata mereka kelihatan sugul dan menangis selepas melihat jasad mendiang Christopher Ling Jia Siang, 21, dan Joey Ling Lin Siang, 20.

Turut berada di situ ialah ahli keluarga kedua-dua mendiang.

Jasad Jia Siang dan Lin Siang akan dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang malam ini dan dijadualkan dihantar pulang ke Sarawak esok.

Kosmo! sebelum ini melaporkan aktiviti berkayak sekumpulan pelajar IPG bertukar tragedi apabila dua daripada mereka ditemukan lemas di Pantai Merdeka, Sungai Petani.

Dalam kejadian itu, dua pelajar terbabit dikatakan hilang selepas dipukul ombak sebelum mayat mereka ditemukan tersangkut pada pukat udang. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |