MANILA – Taufan Kalmaegi mengorbankan sekurang-kurangnya 140 orang dan menyebabkan 127 lagi hilang selepas mencetuskan banjir dahsyat di seluruh tengah Filipina, demikian menurut angka rasmi hari ini ketika ribut itu menuju ke arah Vietnam.
Air banjir yang digambarkan sebagai sesuatu yang belum pernah terjadi sebelumnya melanda bandar-bandar dan pekan-pekan di wilayah Cebu minggu ini. Ia menghanyutkan kereta, pondok-pondok tepi sungai dan kontena perkapalan yang besar.
Pejabat pertahanan awam kebangsaan mengesahkan hari ini bahawa 114 kematian dilaporkan, walaupun jumlah itu tidak termasuk 28 lagi yang direkodkan oleh pihak berkuasa wilayah Cebu.
Timbunan kereta kelihatan selepas Taufan Kalmaegi melanda Liloan, wilayah Cebu hari ini. – AFPDi Liloan, sebuah pekan berhampiran Bandar Cebu di mana 35 mayat ditemukan di kawasan banjir, wartawan AFP melihat kereta bertimbun dan bumbung bangunan tercabut.
Di Pulau Negros yang berdekatan, di mana sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh, hujan lebat Kalmaegi melonggarkan aliran lumpur gunung berapi yang menimbus rumah-rumah di Bandar Canlaon, kata Leftenan Polis Stephen Polinar kepada AFP semalam.
“Letusan gunung berapi Kanlaon sejak tahun lepas telah memendapkan bahan gunung berapi di bahagian atasnya. Apabila hujan turun, mendapan tersebut akan turun ke kampung-kampung,” katanya.
Kalmaegi semakin kuat hari ini ketika ia menuju ke negara jiran, Vietnam, di mana kebimbangan semakin meningkat bahawa taufan itu boleh memburukkan lagi kerosakan akibat banjir selama seminggu yang telah meragut 47 nyawa.
Sehingga pukul 8 pagi (waktu tempatan), ribut itu mempunyai kelajuan angin 155 kilometer sejam dan tiupan angin sehingga 190 kilometer sejam. – AFP

7 hours ago
3









![[VIDEO] Pempengaruh dikecam buat live lucah, isteri turut gelak](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-06-at-3.28.35-PM.jpeg)







































