KUALA LUMPUR – Kementerian Luar sedang memantau keselamatan lebih 29,112 rakyat Malaysia yang berada di negara-negara terjejas konflik di Timur Tengah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebahagian rakyat Malaysia di kawasan itu merupakan golongan pekerja, pelancong dan jemaah umrah.
Jelas beliau penutupan ruang udara serta gangguan penerbangan menjejaskan pergerakan mereka dan menimbulkan kebimbangan keselamatan.
“Kerajaan sentiasa bersiap siaga untuk memberikan bantuan sewajarnya melalui kedutaan dan konsulat di negara terlibat, termasuk memudahkan proses pemulangan rakyat Malaysia yang memerlukan.
“Tentunya sebagai kerajaan kita bertanggungjawab untuk memelihara dan menjamin keselamatan rakyat Malaysia supaya keberadaan mereka di sana dapat dijamin keselamatan,” katanya ketika memberi penerangan mengenai situasi keselamatan di Iran dan Rantau Timur di Dewan Rakyat hari ini.
Tambah Anwar, jangan kita lupakan nasib rakyat Palestin, khususnya di Gaza. Kerana sebaik sahaja perperangan meletus atau serangan daripada Israel itu dimulakan maka pintu masuk Rafah, Gaza juga ditutup di bulan Ramadan ini dan menyebabkan bantuan makanan, perubatan kepada rakyat terbantut dan keadaan mereka tentu jauh lebih gawat.
“Semalam, telah melancarkan misi bantuan kemanusiaan Sumud Darat 30 kontena Malaysia ke Gaza yang akan membawa sebanyak 30 kontena bersaiz besar dengan muatan sebanyak 374 tan bahan makanan dan kit kebersihan ke Gaza sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia.
“Sumud Darat menandakan komitmen kita kerana kita dan saya bangga anak-anak kita yang tidak lentur semangat mereka untuk mempertahankan hak, maruah dan kelangsungan hidup rakyat Palestin.
“Pelancaran Sumud Darat juga membuktikan bahawa solidariti rakyat melangkaui kaum agama dan latar belakang politik dan kita konsisten untuk berdiri teguh mempertahankan hak rakyat Palestine dan dalam keadaan sekarang membantu meringankan beban hidup akibat kezaliman rejim Zionis Israel,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

16 hours ago
7



![[VIDEO] Iran hanya sasar markas tentera AS di UAE – Irfan Khairi](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-02-at-9.58.02-PM.jpeg)











![[VIDEO] Perang AS-Iran: Harga minyak melonjak, barang naik, ringgit jatuh](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-23-at-09.18.00.jpeg)

































