Kena denda RM3,000, rakam lelaki buang ‘hajat’ di tandas

13 hours ago 6
YEOW SING didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Batu Pahat hari ini selepas mengaku salah merakam lelaki membuang hajat dalam tandas di kompleks beli-belah di Taman Flora, 11 Mac lalu.
  • Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
  • 13 Mac 2026, 3:02 pm

BATU PAHAT – Tindakan seorang penyelia kilang yang berkelakuan pelik merakam seorang lelaki sedang membuang ‘hajat’ di dalam sebuah tandas di kompleks beli-belah di sini mengundang pada apabila didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Majistret Nurasidah A Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Na Yeow Sing, 31, yang mengaku bersalah sebaik pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dikemukakan kepadanya.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda terbabit.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang masih bujang didakwa mengaibkan kehormatan dengan merakam lelaki berusia 32 tahun menggunakan telefon bimbit ketika sedang membuang air tanpa pengetahuannya di dalam tandas sebuah kompleks beli-belah di Taman Flora Utama di sini, pada pukul 5.15 petang, 11 Mac lalu.

Menurut fakta kes, polis menerima laporan daripada pengadu mengenai kelibat seorang lelaki sedang merakam videonya ketika sedang membuang air, melalui bahagian atas dalam tandas. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |