Tangkap layar video menunjukkan pasangan pengantin baharu itu mengeluarkan duit berlonggok-longgok dari sampul. - Instagram
- Oleh KOSMO
- 30 Ogos 2026, 7:00 pm
JAKARTA – Sepasang pengantin baharu di Indonesia terkejut apabila duit salam kaut yang diterima mereka mencecah 500 juta rupiah (RM113,575).
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @socialfeed_id menunjukkan pasangan pengantin itu sedang membuka sejumlah sampul duit pemberian tetamu selepas selesai majlis perkahwinan.
Pengguna media sosial terkejut apabila kebanyakan sampul tersebut berisi duit berlonggok-longgok yang diikat dengan getah.
Rakaman itu mencatatkan lebih 24,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Di sana sudah biasa. Duit habis untuk majlis perkahwinan mesti dapat semula,” kata seorang netizen.
“Nanti majlis kahwin mereka, kita juga perlu bagi sebanyak itu,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

1 day ago
13



















![[VIDEO] Panglima TUDM membelah ruang udara Putrajaya](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/tudm-hari-kebangsaan.jpeg)












![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)















