‘Kalau mati, aku haramkan kau jumpa anak nanti’

1 day ago 8

PETALING JAYA- Isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh mengharamkan suaminya berjumpa dengan anaknya selepas zuriatnya itu dilahirkan kelak.

Menurut Fara, 33, yang kini hamil lapan bulan tindakannya itu adalah sebagai pengajaran buat Syuk selepas segala gangguan dan sikapnya yang menyulitkan pendaftaran perkahwinan mereka.

“Kalau lepas bersalin aku masih ada rezeki jaga dan tengok anak, aku akan hadap kau (Shuk) lagi.

“Misal kata aku tiada (meninggal) selepas aku berjuang lahirkan anak kau dan di atas kesilapan kau sulitkan segala urusan aku (pendaftaran perkahwinan), aku haramkan kau jumpa anak aku,” tulisnya di Instagram Story.

Dalam pada itu, Fara juga mengharamkan keluarga mentua untuk bertemu dengan anaknya, namun akan mengubah fikiran jika mereka memberi kerjasama dalam menyelesaikan isu membabitkan perkahwinannya dengan Shuk.

“Saya tidak mahu apa-apa lagi daripada mereka, saya hanya mahu selesaikan isu rumah tangga ini dengan segera,” katanya yang kecewa Shuk tidak menjalankan tanggungjawab sepanjang kehamilannya.

Dalam pada itu, Fara turut meluahkan rasa kecewanya apabila Shuk tidak hadir ke mahkamah Selasa lalu untuk proses pendaftaran perkahwinan dan perceraian mereka walhal peringatan sudah dibuat berulang kali.

“Yang aku marah sebab hal hari ini (mahkamah) terpaksa ditangguhkan lagi atas sebab tiada kehadiran kau.

“Isu daftar (perkahwinan sekarang untuk anak bukan untuk aku). Aku hanya hendak selesaikan pendaftaran dan pengesahan perceraian. Lepas itu, tiada siapa nak ganggu hidup kau ,” tulis Fara lagi.

Dakwa Fara lagi, Shuk sengaja melengahkan urusan proses perceraian mereka disebabkan dia enggan kembali rujuk dengan pelawak itu.

April lalu, Shuk didakwa melafaz cerai talak satu terhadap fara menerusi panggilan telefon. Kata Fara, suaminya melafazkan cerai ketika berada di Thailand.

Terdahulu, Shuk pernah berkahwin dengan Rossa Sera pada 2015, namun bercerai pada 2023. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata Nur Qurratu Ain, 7, dan Nur Assyifatu Aimi, 5. – KOSMO!ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |