JDT ke final Piala Malaysia, menang 4-1 ke atas KLFC

5 hours ago 3
PENYERANG JDT, Ignacio Mendez diasak pertahanan KL City FC, Muhammad Syazwan Andik pada aksi kedua separuh akhir Piala Malaysia 2025/2026 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!
  • Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
  • 8 April 2026, 12:23 am

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mempamerkan dominasi apabila mengesahkan tempat ke pentas akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Kuala Lumpur City FC (KLFC) 4-1 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Kemenangan bergaya itu menyaksikan skuad Harimau Selatan mara dengan agregat besar 8-1 sekali gus menghantar amaran awal kepada bakal lawan mereka di final nanti.

KLFC sekadar memperoleh gol saguhati menerusi tandukan Gallifuoco pada minit ke-63.\

Ajdin Mujagic menutup pesta jaringan JDT dengan gol keempat pada minit ke-88 bagi melengkapkan kemenangan bergaya Harimau Selatan yang kini hanya menunggu pemenang antara Selangor FC atau Kuching City FC di pentas final.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |