KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) memutuskan bahawa hukum asal pendermaan rahim adalah haram kerana dari sudut syarak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata keputusan tersebut hasil persidangan Jawatankuasa Muzakarah MKI yang berlangsung pada 21 dan 22 Oktober 2014.
“Hasil perbincangan memutuskan bahawa hukum asal pendermaan rahim adalah haram kerana dari sudut syarak, keinginan mendapatkan zuriat merupakan keperluan bersifat takmiliyyah atau pelengkap kehidupan dan bukan keperluan darurat.
“Oleh yang demikian, Jawatankuasa Muzakarah MKI memutuskan hukum pendermaan rahim dan pemindahannya adalah tidak harus kerana ia masih belum mencapai tahap darurat bagi membenarkan sesuatu perkara yang diharamkan untuk dilakukan,” katanya dalam jawapan bertulis dipaparkan dalam laman sesawang Parlimen.
Beliau menjawab soalan Dr Abdul Ghani Ahmad (PAS-Jerlun) mengenai status terkini pengeluaran fatwa berkaitan pemindahan rahim bagi pesakit yang menghadapi penyakit sindrom Mayer-RokintaskyKuster-Hauser (MRKH) yang lahir tanpa rahim dan faraj.
Bagaimanapun, menurut Mohd. Na’im, kerajaan kini meneliti semula isu berkenaan secara lebih menyeluruh dengan mengambil kira perkembangan teknologi perubatan terkini serta kepakaran dalam negara.
“Kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menggerakkan usaha bagi meneliti aspek syariah dan etika perubatan demi memastikan kemaslahatan pesakit, khususnya wanita yang menghidap sindrom Mayer-Rokintasky-Kuster-Hauser (MRKH) yang dilahirkan tanpa rahim dan vagina, dapat dipelihara,” ujarnya.
Katanya, langkah ini selaras dengan komitmen kerajaan untuk memastikan setiap kemajuan teknologi perubatan di Malaysia berjalan seiring dengan prinsip Maqasid Syariah serta menjaga kepentingan umat Islam di negara ini.- KOSMO! ONLINE

1 day ago
8











![[VIDEO] Pempengaruh dikecam buat live lucah, isteri turut gelak](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-06-at-3.28.35-PM.jpeg)





































