ISMAIL
- Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL
- 22 September 2026, 6:11 pm
SEREMBAN – Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) akan menghadap Tuanku Nadzaruddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar dalam Majlis Menghadap Sembah Takzim, di Galeri Diraja Tuanku Ja’afar, di sini, esok.
Pertemuan pada pukul 9 pagi itu diadakan bagi sesi suai kenal dan mengeratkan silaturahim antara Menteri Besar serta barisan Exco dengan Tuanku Nadzaruddin.
Turut dijangka hadir dalam pertemuan berkenaan ialah Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin dan Dato’ Syahbandar Sungei Ujong.
Majlis berkenaan dijadual berlangsung di Galeri Diraja Tuanku Ja’afar, Jalan Taman Bunga, Seremban. -KOSMO! ONLINE

6 hours ago
6



![[VIDEO] Jepun panas… Dara, Amoi, Kelat bersungguh cari tempat teduh](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-22-at-6.45.58-PM.jpeg)


































![[VIDEO] Masih tinggal dengan capybara, Oyen kekal paling popular di Zoo Negara](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/oyen-zoo-negara.jpeg)







