KOTA BHARU – Seorang wanita yang merupakan pengurus pelaburan mengalami kerugian kira-kira RM1.2 juta selepas bergolok-gadai menyerahkan wang simpanan, barangan kemas dan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM1.2 juta kepada sindiket penipuan atau ‘scammer’ sepanjang tempoh dua bulan lalu.
Mangsa yang juga merupakan ibu tunggal berusia dalam lingkungan 50-an itu bagaimanapun baru tampil membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut kira-kira dua minggu lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, siastaan awal mendapati, wanita itu pada awalnya menerima panggilan daripada pegawai polis yang mendakwa dia terlibat kegiatan pengubahan wang haram.
Katanya, sindiket itu, dipercayai menggunakan panggilan ‘spoofing’ iaitu panggilan telefon yang memaparkan nombor seperti milik Ibu Pejabat Polos Kontinjen (IPK) Kelantan ketika menghubungi mangsa.
“Siasatan awal mendapati, mangsa menerima enam hingga lapan panggilan sehari daripada sindiket. Sepanjang tempoh dua bulan, mangsa menyerahkan wang simpanan, barangan kemas dan wang KWSP bernilai hampir RM1.2 juta kepada sindiket berkenaan.
“Berdasarkan keterangan wanita itu, segala wang di dalam bank miliknya habis licin diserahkan kepada ‘scammer’. Mangsa juga tidak memaklumkan kejadian yang menimpanya kepada ahli keluarga,” katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Yusoff memberitahu, siasatan lanjut mendapati, barangan kemas yang digadai dan wang KWSP miliknya bernilai hampir RM500,000 diserahkan kepada sindiket berkenaan.
Katanya, mangsa dikatakan baru tersedar selepas dirinya diperdaya selama dua bulan sebelum bertindak membuat laporan polis kira-kira dua minggu lalu.
“Setakat ini, kes melibatkan ibu tunggal ini merupakan kerugian terbesar yang dicatatkan bagi jenayah komersial melibatkan seorang individu. Kita sudah mengenal pasti sindiket yang terlibat dan tindakan lanjut sedang dijalankan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

13 hours ago
7



![[VIDEO] Jepun panas… Dara, Amoi, Kelat bersungguh cari tempat teduh](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-22-at-6.45.58-PM.jpeg)


































![[VIDEO] Masih tinggal dengan capybara, Oyen kekal paling popular di Zoo Negara](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/oyen-zoo-negara.jpeg)







