Harga diesel RM4.72 seliter, pengguna pulang beraya esok perlu bayar lebih

7 hours ago 7

PETALING JAYA – Pengguna jalan raya yang menggunakan kenderaan diesel di Semenanjung perlu membayar harga lebih jika pulang beraya ke kampung halaman bermula esok berikutan harga bahan api itu naik 75 sen sehingga RM4.72 seliter berbanding RM3.92 sebelum ini.

Bagaimanapun, pengguna petrol tanpa subsidi bagi harga RON95 kekal pada harga RM3.27, manakala RON97 pada harga RM4.55 seliter berbanding RM3.85 seliter.

Menurut Kementerian Kewangan, harga RON95 bagi program Budi 95 masih lagi kekal pada RM1.99 seliter untuk dan diesel pada RM2.15 seliter untuk pengguna di Sabah dan Sarawak serta pengangkutan awam.

Jelas kementerian itu, untuk mengekalkan harga tersebut, kerajaan terpaksa menanggung subsidi lebih RM3 bilion sebulan.

“Selain itu, harga RON95 tanpa subsidi turut dikekalkan pada RM3.27 seliter bagi mengelakkan tekanan kos tambahan kepada rakyat berikutan perjalanan cuti perayaan.

“Langkah pengekalan subsidi ini adalah untuk memastikan persediaan rakyat untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri kekal lancar,’kata kementerian itu.

Mengulas lanjut, MOF berkata, kerajaan memilih untuk tidak memindahkan sepenuhnya kenaikan
harga tersebut kepada rakyat.

Malah katanya, walaupun Malaysia ialah negara pengeluar minyak, produk petroleum bagi kegunaan domestik masih diperoleh melalui pasaran global.

Justeru, harga bahan api domestik kekal dipengaruhi oleh pergerakan harga antarabangsa

Pada masa yang sama, lebih 400,000 kenderaan daripada sektor pengangkutan awam dan sektor pengangkutan barangan darat seperti bas ekspres, teksi, lori dan treler barangan dan lain-lain yang kekal dilindungi melalui skim subsidi bersasar.

Ia termasuk Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dan Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS), bagi memastikan kos logistik dan pengangkutan tidak terjejas secara mendadak.

Pendekatan bersasar ini membantu mengurangkan kesan kenaikan harga bahan api global terhadap isi rumah, pengangkutan awam dan pengedaran barangan, sekali gus menyokong kestabilan harga keseluruhan dalam ekonomi.

Walaupun berhadapan kenaikan harga minyak global, harga bahan api di Malaysia kekal antara yang lebih rendah di rantau ini hasil langkah Kerajaan Madani mengekalkan sebahagian subsidi bagi melindungi rakyat dan memastikan kestabilan ekonomi domestik.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |