PETALING JAYA – Dubai menjadi sasaran misil, pelakon Azah Aziz memaklumkan suaminya, Daud Leroy Abdullah yang berada di banda raya di Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu dalam keadaan baik.
Azah atau nama sebenarnya Norazah Aziz, 54, berkata, ramai kenalan serta saudara mara bimbangkan keselamatan suaminya berikutan konflik peperangan di Asia Barat itu.
“Saya terima banyak mesej dan panggilan telefon daripada keluarga dan kawan-kawan yang bertanyakan tentang keadaan suami saya yang ketika ini berada di Dubai.
“Setakat ini alhamdulillah dia okey. Video yang bertebaran di media sosial mengenai dron jatuh berdekatan menara Burj Khalifa itu tidak benar.
Saya rasa video itu dibuat dengan teknologi kecerdasan buatan (A.I).
“Kondominium saya di sana terletak berdekatan Burj Khalifa. Setakat ini tiada apa-apa yang berlaku di sekitarnya,” katanya menerusi perkongsian di Instastory.
Ibu kepada tiga anak itu turut menyatakan selalu berkomunikasi dengan suaminya bagi mengikuti perkembangan situasi di sana.
“Dia sentiasa memaklumkan keadaan terkini yang berlaku di sana. Alhamdulillah semuanya okey. Tolong doakan yang baik,” ujarnya.
Difahamkan, Daud bersama dua anak mereka, Aaron, 26, dan Ryan, 20, tinggal di Dubai atas urusan kerja, manakala Azah di Kuala Lumpur bersama putera bongsu, Justin, 17, yang bersekolah di sini.
Sebelum Azah dan Daud juga warga Perancis menetap lebih 20 tahun di Montreal, Kanada, selepas mendirikan rumah tangga pada 7 Januari 1995.
Terdahulu, satu klip video tular menunjukkan pelancong asing di Dubai melarikan diri apabila peluru berpandu Iran meletup dipintas di ruang udara bandaraya tersebut.
Bahkan dua hotel mewah di sana juga terkena letupan bom ketika Iran melancarkan serangan balas di seluruh rantau Asia Barat sebagai tindak balas terhadap tindakan ketenteraan berterusan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadapnya. – KOSMO! ONLINE

12 hours ago
7



![[VIDEO] Iran hanya sasar markas tentera AS di UAE – Irfan Khairi](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-02-at-9.58.02-PM.jpeg)











![[VIDEO] Perang AS-Iran: Harga minyak melonjak, barang naik, ringgit jatuh](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-23-at-09.18.00.jpeg)

































