Zulqarnain (kanan) ketika mengumumkan kadar dividen KWSP hari ini.
- Oleh MUHAMMAD IKHWAN IDERIS
- 28 Februari 2026, 11:06 am
SUNGAI BULOH – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 6.15 peratus untuk kedua-dua Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, jumlah agihan bagi Simpanan Shariah melibatkan RM12.5 bilion, dan RM67.1 billion bagi Simpanan Konvensional.
Berbanding tahun 2024, KWSP memberikan dividen 6.3 peratus bagi kedua-dua Simpanan Shariah dan Konvensional, melibatkan jumlah agihan keseluruhan RM73.24 bilion.
Kadar dividen tertinggi pernah diberikan KWSP adalah 8.5 peratus, dari tahun 1983 hingga 1987. – KOSMO! ONLINE

19 hours ago
6














![[VIDEO] Beli nasi ayam madu pakej ‘protein’ ulat](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/bd536c23-bcd0-4710-ad22-8585d7d7a87c.jpeg)


































