Di mana pemilik darah A dan O?

12 hours ago 10
[6:11 PM, 2/26/2026] Kosmo Chah Top 5: Di mana pemilik darah A dan O? Oleh KOSMO! PETALING JAYA - Rakyat Malaysia terutama pemilik darah jenis A dan O dirayu untuk terus menderma darah mereka memandangkan stok dijangka menurun pada bulan Ramadan dan cuti perayaan. Pusat Darah Negara menerusi hantaran Facebook mengajak orang ramai untuk bersama-sama mendermakan darah bagi membantu mereka yang memerlukan. "Adiwira Darah A dan O diperlukan segera. Stok darah dijangka akan menurun pada bulan Ramadan dan cuti perayaan. "Hadirlah menderma darah sepanjang bulan Ramadan bagi memastikan keperluan pesakit mencukupi," menurun hantaran berkenaan hari ini. Orang ramai boleh melayari laman web rasmi di www.pdn.gov.my untuk lokasi pendermaan darah terkini sekitar Lembah Klang. - KOSMO! ONLINE [6:11 PM, 2/26/2026] Kosmo Chah Top 5: Poster stok darah dikongsikan Pusat Darah Negara pada Facebook hari ini.
  • Oleh KOSMO!
  • 26 Februari 2026, 6:26 pm

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia terutama pemilik darah jenis A dan O dirayu untuk terus menderma darah mereka memandangkan stok dijangka menurun pada bulan Ramadan dan cuti perayaan.

Pusat Darah Negara menerusi hantaran Facebook mengajak orang ramai untuk bersama-sama mendermakan darah bagi membantu mereka yang memerlukan.

“Adiwira Darah A dan O diperlukan segera. Stok darah dijangka akan menurun pada bulan Ramadan dan cuti perayaan.

“Hadirlah menderma darah sepanjang bulan Ramadan bagi memastikan keperluan pesakit mencukupi,” menurun hantaran berkenaan hari ini.

Orang ramai boleh melayari laman web rasmi di www.pdn.gov.my untuk lokasi pendermaan darah terkini sekitar Lembah Klang. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |