PETALING JAYA – Kreativiti seorang lelaki menghasilkan biskut berperisa sambal udang petai sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri mencuri perhatian ramai di media sosial.
Meskipun kedengaran janggal, gabungan rasa ‘savory’ dalam biskut yang kebiasaannya manis itu membuatkan ramai tertanya-tanya tentang rasanya.
Menerusi hantaran di laman TikTok oleh @Ikmlzlkfli, dia dilihat menyediakan biskut tersebut menggunakan bahan asas seperti mentega dan gula kastor sebelum dicampur dengan cili kisar, hirisan petai serta isi udang.
Adunan itu kemudian digaul bersama tepung sebelum dibentuk dan dibakar pada suhu 170 darjah Celsius selama kira-kira 15 minit.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan idea unik tersebut, malah ada yang mengaitkannya dengan biskut milik watak Yaya dalam siri animasi BoBoiBoy.
“Biskut Yaya dalam BoBoiBoy di dunia nyata ke ni?” Ujar @AtiliaGhazali.
“Ini inspirasi daripada biskut Yaya dalam BoBoiBoy ke,” komen @MillAnwar.
Dalam masa sama, terdapat juga segelintir pengguna yang mengakui berasa pelik namun tetap ingin mencuba resipi berkenaan.
“Kenapa aku rasa biskut ni sedap, rasa nak buat pula,” ujar @Ulfi.- KOSMO! ONLINE
Oleh AMIR HAIKAL KAMARUDIN

14 hours ago
8
![[VIDEO] Orang UK serbu air jagung Malaysia, siap bungkus bawa balik](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-18-at-17.09.05.jpeg)