JAKARTA – Seorang wanita di Banjarnegara, wilayah Jawa Tengah mendedahkan bahawa dirinya menjadi mangsa rakaman video mandi yang dilakukan jirannya sendiri sejak tahun lepas, lapor laman berita Nusra Inside kelmarin.
Lebih memburukkan keadaan, jiran itu merupakan seorang ketua rukun tetangga setempat, dan tiada sebarang tindakan diambil ke atasnya meskipun laporan polis telah dibuat.
Menurut anak mangsa, perbuatan suspek diketahui pada Oktober tahun lepas, namun sehingga kini, tiada tindakan susulan diambil.
Dalam satu hantaran yang dikongsikan di platform Instagram, anak mangsa meminta bantuan orang ramai untuk menularkan video itu bagi memastikan suspek menerima hukuman yang sewajarnya.
Menurut anak mangsa, dalam satu kejadian pada 2 Oktober 2025, ibunya terkejut melihat kamera telefon bimbit berada pada lubang ventilasi udara ketika dia sedang mengambil wuduk.
“Ketika ibu saya menjerit, pelaku dengan segera mengalihkan telefon bimbitnya dan melarikan diri,” katanya.
Anak mangsa yang lain kemudian diberitahu oleh anak suspek bahawa lelaki itu menyimpan beberapa video mangsa di bilik mandi.
“Saya menemui bukti video ibu saya sedang mandi. Namun, saya hanya dapat merakam beberapa video di telefon saya. Rumah kami bersebelahan, bilik mandi juga bersebelahan, hanya setengah meter jaraknya,” tambah anak mangsa.
Sebelum mengambil tindakan undang-undang, sesi perbincangan keluarga dengan pelaku yang dihadiri oleh ketua kampung, telah diadakan.
Lelaki itu mengaku mempunyai video mangsa di dalam bilik mandi, tetapi menafikan merakamnya.
“Apabila pelaku dipanggil oleh polis, dia masih enggan mengakuinya,” kata anak mangsa.
“Saya melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa pada hari Jumaat, 10 Oktober 2025, tetapi sehingga kini, tiada tindakan diambil.
“Justeru, saya mesti mendedahkan kes ini kepada umum,” kata anak lelaki mangsa. – AGENSI

11 hours ago
7




![[VIDEO] Jumpa balik gelang emas 33 gram lepas 13 jam tercicir](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/GELANG-EMAS-TERCICIR.jpeg)

![[VIDEO] Wanita didakwa hantar ibu minta sedekah di bazar Ramadan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/IMG-20260224-WA0072.jpg)












![[VIDEO] ‘Tak hormat netizen tak apa, tapi tolong hormat bulan Ramadan kak’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-23-at-5.09.39-PM.jpeg)





























