‘Belajar asingkan barang MyKasih di kaunter’

15 hours ago 6

PETALING JAYA – Tindakan segelintir pelanggan yang didakwa tidak mengasingkan barangan sebelum membuat bayaran menggunakan bantuan MyKasih mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pekerja pasar raya.

Menerusi satu hantaran oleh @Izrayel_Junzaki di laman Threads, dia meluahkan kekecewaan apabila terdapat pelanggan yang meletakkan barangan di atas kaunter tanpa mengasingkan item yang layak dan tidak layak dibeli menggunakan kemudahan MyKasih.

“Siapa nak bayar guna MyKasih tu kan, boleh tak belajar asingkan dulu barang yang boleh dan tak boleh guna MyKasih. Ini tidak, letak selambak atas kaunter.

“Dah kerja cashier pula nak kena asingkan,” tulisnya.

Tangkap layar memaparkan hantaran oleh @Izrayel_Junzuki di laman Threads.

Hantaran tersebut mendapat perhatian ramai dan meraih pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

“Diorang yang membeli ni kan, tak tahu ke boleh guna app MyKasih untuk scan barcode barang-barang mana yang boleh pakai MyKasih?” Ujar @Ariana.jane66.

“Betul lah tu, saya kalau groceries shopping pun husband yang akan asingkan sebelah guna MyKasih sebelah lagi bayar sendiri.

Senang. Kaunter MyKasih ni beratur panjang, buat macamtu pun dah jimat masa kita & ‘cashier’ tu sendiri,” kata @Aniszulaikha.

“Dah tahun kedua ni belajar-belajar lah mudahkan orang. sampai bila nak cakap tak tahu asingkan?” Kata @Wz.na.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |