Mohamad (empat dari kiri) turun padang melancarkan program In-Store Promotion: Taste of Malaysia dekat Fujimart di Hanoi, Vietnam.
- Oleh MOHD. FAHMI ISMAIL
- 25 April 2026, 1:39 pm
PETALING JAYA – Program In-Store Promotion: Taste of Malaysia di Fujimart menjadi platform mempromosikan produk tempatan ke pasaran luar.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, lebih 20 produk kebanggaan negara dipamerkan termasuk makanan laut sejuk beku dan kopi pracampuran.
“Alhamdulillah, Bang Mat turun padang melancarkan program ini. Seronok tengok lebih 20 jenis produk kita tersusun cantik, daripada makanan laut sejuk beku sampai kopi pracampuran yang memang kaw,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.
Menurut beliau, inisiatif itu membuktikan kualiti produk Malaysia bertaraf dunia.
“Inilah masanya kita tunjuk produk Malaysia bukan biasa-biasa, kualiti kita memang bertaraf dunia.
“Cara terbaik pikat hati orang adalah melalui perut. Bila mereka dah rasa dan yakin, insya-Allah produk tempatan lebih mudah tembus pasaran antarabangsa,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

6 hours ago
2
















































