Panglima Angkatan Tentera ketika ditemui pemberita semasa melawat Pos Tanjung Sepang hari ini.
- Oleh MASTURAH SURADI
- 28 Februari 2026, 9:26 pm
KOTA TINGGI – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melihat semula prosedur operasi standard (SOP) latihan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) termasuk berkaitan dengan undang-undang serta aktivitinya.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman berkata, ATM mempunyai SOP yang perlu dipatuhi pegawai-pegawai terlibat dalam mana-mana kursus latihan ketenteraan termasuk melibatkan Palapes.
“Memang apabila masuk tentera ini sama ada Palapes, perajurit, rekrut, kadet atau sebagainya, proses pembelajaran latihan itu agak keras. Tetapi itu semua adalah proses pengajaran yang berdasarkan SOP. Jadi kalau ada pelanggaran apa yang patut dan tidak patut berdasarkan apa digaris, kemudian kita ada unit dalaman sendiri yang akan ambil tindakan,” katanya kepada pemberita semasa melawat Pos Tanjung Sepang hari ini.
Beliau mengulas pertuduhan mahkamah terhadap dua pegawai dan seorang pegawai waran atas dakwaan menyebabkan kematian seorang pelatih Palapes Universiti Teknologi Malaysia semalam. – KOSMO! ONLINE

9 hours ago
5













![[VIDEO] Beli nasi ayam madu pakej ‘protein’ ulat](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/bd536c23-bcd0-4710-ad22-8585d7d7a87c.jpeg)



































