KUALA LUMPUR – Private Pension Administrator Malaysia (PPA), iaitu pentadbir pusat kepada Skim Persaraan Swasta (PRS) menyasarkan aset di bawah pengurusan (AUM) bagi skim berkenaan bakal mencapai RM10 bilion menjelang hujung 2026, dengan melibatkan 800,000 ahli.
Ketua Pegawai Eksekutif PPA, Taufiq Iskandar berkata, sejak diperkenalkan pada 2012, lebih 645,000 ahli telah menyertai skim simpanan tersebut, manakala jumlah AUM bagi semua dana PRS telah mencecah RM8.52 bilion setakat 26 Oktober lalu.
Jelasnya, pertumbuhan itu bakal disokong oleh inisiatif kerajaan seperti manfaat pelepasan cukai untuk menyimpan dalam PRS sehingga RM3,000 setiap tahun sehingga 2030, selain pelaksanaan kempen #SaveinPRS Treats yang sedang berjalan bermula 1 Ogos hingga 31 Disember 2025.
“Dalam tempoh dua bulan ini sahaja iaitu pada Ogos dan September, kami telah menyaksikan kemasukan dana berjumlah RM106 juta, manakala bilangan ahli bertambah seramai 2,700 orang.
“Sehingga bulan Septemberlalu, kami telah menyaksikan kemasukan lebih daripada 25,000 ahli baharu,” katanya pada sidang akhbar sempena pelancaran kempen di sini, kelmarin.
#SaveinPRS Treats menawarkan peluang untuk menyertai cabutan bertuah bagi setiap RM1,000 yang dimasukkan ke dalam dana PRS sepanjang tempoh kempen, yang memberikan hadiah RM500 dalam bentuk unit PRS kepada 200 pemenang.
Selain itu, setiap sumbangan berjumah RM3,000 ke dalam dana PRS melayakkan penyimpan beroleh satu penyertaan bagi cabutan utama, yang memberikan hadiah RM50,000 kepada dua pemenang.
Taufiq menambah, bagi tempoh setahun dari Oktober 2024 hingga September lalu, lapan dana teratas PRS telah merekodkan pulangan baik antara 6.2 hingga 22.42 peratus.
“Majoriti ahli kami adalah daripada pekerja sektor formal, dengan median pendapatan sebanyak RM7,900 sebulan iaitu daripada golongan M40. Jadi PRS ini bukanlah skim untuk orang kaya.
“Dalam tempoh dua bulan lepas, seramai lebih 13,000 ahli kami telah layak menyertai kempen kali ini, bermakna mereka telah menyumbang sekurang-kurangnya RM1,000 .
“Kami akan terus memperhebatkan usaha mencapai kumpulan pekerja tidak formal dan yang terlibat dalam ekonomi gig, antaranya dengan membentuk kerjasama dengan majikan untuk memberikan dana PRS sebagai salah satu bentuk ganjaran buat pekerja,” katanya. -KOSMO! ONLINE

1 day ago
5











![[VIDEO] Pempengaruh dikecam buat live lucah, isteri turut gelak](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-06-at-3.28.35-PM.jpeg)





































