Ahmad Sani sertai PKR, PU Haris dilantik Timbalan Pengerusi Biro Agama

8 hours ago 6
(Dari kiri) Choon Man, PU Haris dan Ahmad Sani.
  • Oleh KOSMO!
  • 1 Mac 2026, 10:23 pm

PETALING JAYA – Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Ahmad Sani Araby Abdul Alim Araby antara 14,225 anggota baharu menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi tempoh Oktober 2025 hingga Januari tahun ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, Pengurus Strategik Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Hidayat Abdullah juga turut menyertai PKR.

“Sementara itu, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Keadilan turut memutuskan pelantikan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man sebagai ahli ex officio MPP.

“Turut dilantik ialah Muhd Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Haris sebagai Timbalan Pengerusi Biro Agama parti,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |