WAKIL China, Shanghai Shenhua mengakui Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah pasukan pilihan apabila beraksi di laman sendiri, namun percaya mereka lebih bersedia untuk memberikan tentangan sengit dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACLE) malam ini.
Ketua jurulatihnya, Leonid Slutsky berkata, pengalaman musim lalu menyaksikan pasukannya tewas 0-3 di tempat sama, Stadium Sultan Ibrahim (SSI) menjadi motivasi untuk bangkit dalam pertemuan kali ini.
“Tahun lalu kami kepenatan, perjalanan jauh, jadual padat dan bermain 70 minit dengan kekurangan seorang pemain. Kami tidak mempunyai peluang ketika itu. Sekarang semuanya berbeza. Pemain kami bersedia, bertenaga dan skuad kami lebih kompetitif,”katanya.
Shostkiy turut memuji kualiti JDT yang disifatkannya sebagai pasukan ‘ala Sepanyol’ kerana gaya permainan menyerang, hantaran pantas dan penguasaan bola tinggi.
“JDT seperti pasukan Eropah. Stadium hebat, padang terbaik, atmosfera luar biasa. Kami teruja dapat kembali ke sini,”ujarnya.
Bagaimanapun, beliau menepis dakwaan aksi malam ini sebagai misi balas dendam, sebaliknya menyifatkan ia sekadar salah satu daripada lapan perlawanan ACLE.
Slutsky turut mendedahkan dua muka baharu iaitu penyerang dari Brazil, Saul dan pemain Afrika, Asoye selain kelibat pemain tengah berbakat, Joao Teixeira yang tidak beraksi musim lalu, bakal memperkukuh cabaran pasukannya.
Mengulas taktikal, beliau percaya Shenhua mampu mencuri peluang melalui serangan balas, situasi bola mati dan yakin masalah cuaca panas di Johor tidak menjadi isu memandangkan Shanghai turut melalui musim panas yang ekstrem.
“Bagi saya, JDT adalah antara pasukan paling menarik dalam Liga Juara-Juara Asia. Mereka ada gaya tersendiri. Sebab itu, kami sangat teruja untuk lawan mereka sekali lagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

1 day ago
6











![[VIDEO] Pempengaruh dikecam buat live lucah, isteri turut gelak](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-06-at-3.28.35-PM.jpeg)





































