Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman ketika melakukan lawatan di Pos Tanjung Sepang hari ini.
- Oleh MASTURAH SURADI
- 28 Februari 2026, 9:15 pm
KOTA TINGGI – Seramai 6,000 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara dibantu teknologi dron melakukan kawalan di semua lokasi laluan tikus yang dikenal pasti dalam Ops Merpati.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman berkata, kawalan selama 24 jam sehari itu melibatkan lokasi laluan memasuki dan keluar negara yang diberikan tumpuan termasuk di utara dan selatan semenanjung serta di Sabah dan Sarawak.
Katanya kesemua anggota yang terlibat adalah dari ketiga-tiga sayap perkhidmatan ATM iaitu Tentera Darat Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia.
“Operasi seperti ini sudah lama dilakukan, lebih daripada 20 tahun. Untuk musim perayaan ini seramai 6,000 anggota bertugas 24 jam memantau persekitaran perairan dan kedaulatan sempadan daratan.
“Selain itu, kita turut menggunakan teknologi dron untuk membantu pemerhatian dari udara serta penjejakan mana-mana kawasan yang berpotensi wujudnya pendaratan atau lain-lain,” katanya kepada pemberita semasa melawat Pos Tanjung Sepang hari ini. – KOSMO! ONLINE

9 hours ago
5













![[VIDEO] Beli nasi ayam madu pakej ‘protein’ ulat](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/bd536c23-bcd0-4710-ad22-8585d7d7a87c.jpeg)



































