13 kru tempatan cemas bot kargo karam

13 hours ago 6
ANTARA 13 kru bot karga yang berjaya diselamatkan selepas bot dinaiki mereka karam di Pulau Seri Buat, Mersing, semalam. Foto IHSAN APMM
  • Oleh MASTURAH SURADI
  • 13 Mac 2026, 2:40 pm

MERSING – Seramai 13 kru sebuah bot kargo berdepan detik cemas apabila bot dinaiki mereka karam ekoran mengalami masalah kebocoran di perairan berhampiran Pulau Seri Buat di sini malam semalam.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, kejadian kira-kira pukul 11.30 malam melibatkan mangsa berumur antara 19 hingga 63 tahun merupakan warga tempatan.

Katanya, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan telah menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan sekitar pukul 8.30 malam sebelum disalurkan kepada Zon Maritim Mersing untuk tindakan segera.

“Sejurus menerima maklumat, bot ronda Maritim Malaysia iaitu Bot Penggalang 43 yang sedang melaksanakan rondaan dalam Op Jaksa, Op Tiris 3.0 dan Op Khas Pagar Laut telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi melaksanakan operasi menyelamat. Setibanya di lokasi kejadian, pemeriksaan mendapati bot kargo berkenaan telah karam, bagaimanapun, kesemua 13 kru bot terlebih dahulu berjaya diselamatkan oleh sebuah bot pancing tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |