PETALING JAYA – Sebanyak 1,846 kes kemalangan direkodkan di seluruh negara semalam, dengan 29 daripadanya melibatkan kematian.
Statistik harian yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan peningkatan mendadak sebanyak 433 kes kemalangan dan 12 kematian berbanding hari sebelumnya.
Perkembangan ini mencetuskan kebimbangan pihak berkuasa dan orang ramai, sekali gus menyeru pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati ketika memandu. – KOSMO! ONLINE