Zoey Rahman jumpa ‘cinta baharu’ angkara harga minyak naik

4 hours ago 6

BANGI – Pelakon Zoey Rahman menafikan dakwaan kononnya sudah bersara dari dunia lakonan selepas memilih untuk menceburi bidang trading atau pelaburan online patuh syariah.

Zoey atau nama sebenarnya, Mohd. Hairey Azhar Abd. Rahman berkata, kerjaya baharunya itu boleh dilakukan di mana-mana tanpa menyekat komitmen atau tanggungjawab lain.

“Kita buat trading di mana-mana dan bila-bila masa. Secara peribadi, saya bahagikan masa untuk trading waktu pagi sampai tengah hari dalam 7 pagi sampai 12 tengah hari.

“Kemudian waktu malam pukul 7 petang sampai 11 malam. Contohnya kalau waktu saya shooting, bila je trade waktu kat set (penggambaran).

“Kerja ini tidak mengganggu kehidupan normal kita. Sekarang banyak benda kita boleh buat guna telefon bimbit,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Prediktable Circle di sini.

Pada majlis tersebut, Zoey yang cukup dikenali menerusi drama Friday I’m In Love diumumkan sebagai rakan strategik akademi berkenaan yang sudah berusia 3 tahun.

Prediktable ditubuhkan 3 tahun yang lepas oleh pengasas dikenali sebagai Kaktie bersama pengasas bersama lain yang terdiri daripada Umair Azman, Nazrul Hakiim dan Akram Ghani.

“Ramai yang keliru dan menghubungi kami bertanya trade futures ni Forex ke? Jawapannya bukan. Futures trading bukan forex, kedua-duanya adalah instrumen yang berbeza,” kata Kaktie atau nama sebenarnya, Hasmawatie.

Produk Prediktable iaitu Futures merujuk kepada kontrak kewangan untuk membeli atau menjual sesuatu aset pada masa hadapan, terutamanya melibatkan komoditi seperti emas, minyak, gas dan lain-lain.

Mengulas tentang ketidaktentuan ekonomi global sekarang yang barangkali bukan waktu sesuai untuk menceburi bidang tranding, Kaktie mahupun Zoey sendiri mempunyai pendapat masing-masing berhubung perkara terbabit.

“Sebenarnya, antara faktor saya ceburi bidang trading adalah disebabkan macam-macam krisis dunia sekarang termasuklah perang di Timur Tengah, harga minyak naik dan sebagainya.

“Saya rasa waktu sekarang yang macam-macam benda tak menentu, saya kena buat sesuatu dan ditemukan dengan kerjaya baharu ini (trading),” kata Zoey, 41.

Sementara itu, pengasas bersama Umair Azman percaya dalam pada dunia berdepan dengan krisis ekonomi, pasti ada peluang lain untuk diusahakan.

“Antara produk yang kami trade juga adalah minyak. Jadi, bila minyak naik, kita untung di situ. Di setiap krisis, ada peluang sebenarnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |